tsunami di JEPUN,

Pada 11 Mac 2011 yang lalu, tsunami berlaku di Jepun yang berskala 8.9 dan menyebabkan ramai yang maut. Tapi dalam entry ni aku nak share sedikit pengajaran yang boleh kita pelajari based on article oleh Zuhairi Ali @ Cas Bateri di Kosmo :
  • Harga diri sangat penting walaupun dalam situasi bencana
  • Gunakan pengalaman menghadapi bencana untuk bangkit menjadi lebih kuat
Sedikit kisah yang dialami oleh pelajar Malaysia di tempat kejadian, Sendai, Jepun:
  • Pelajar pergi jumpa kawan di Universiti Tohoku
  • Dapat jumpa rakan tetapi nak pulang ke Tokyo menggunakan kereta api laju tak dapat disebabkan sistem pengangkutan lumpuh. By the way, jarak Sendai ke Tokyo lebih kurang 300km
  • Jalan bergegar selama beberapa minit dan merekah sehingga teksi yang dinaiki melanggar bahu jalan, pemandu meminta jangan keluar dari kenderaan
  • Gegaran sangat kuat dan cukup lama sampai berdengung telinga dan ada orang macam mabuk, berdiri pun tak boleh
  • Kaca tingkap bangunan pecah berderai dan macam-macam bunyi kedengaran, ada yang terbakar tetapi tiada bangunan runtuh
  • Rakyat Jepun saling bantu-membantu satu sama lain. Pelajar Malaysia juga sempat membawa turun seorang OKU dari tingkat tiga dan mencari anak seorang wanita
  • Seorang peruncit menolak dengan troli berpuluh-puluh botol air mineral dan snek untuk diagihkan kepada orang ramai dan kanak-kanak prasekolah
  • Sebuh kedai elektrik yang ditinggalkan dalam keadaan terbuka tidak menjadi sasaran pencuri
Begitulah sedikit sebanyak. Memang sungguh kagum dengan sikap orang Jepun terutamanya membawa air mineral dan juga peralatan eletrik tidak dicuri. Masih ingatkah kejadian lori yang membawa duit syiling dan beras terbabas dan jatuh di Malaysia. Bagaimanakah sikap orang Malaysia ketika itu, adakah mereka menolong atau mengambil kesempatan? Sama-sama le kita fikirkan.


No comments:

Post a Comment